Friday, October 23, 2009

JENIS-JENIS VIRUS















Istilah virus komputer bukanlah sesuatu yang asing apabila kita bercerita mengenai teknologi komputer. Ia berkembang pesat seiring dengan kepantasan teknologi komputer itu sendiri. Berikut beberapa jenis virus yang biasa ditemui hari ini : Trojan - replika atau salinan virus. Trojan dimasukkan sebagai virus kerana sifat program yang tidak diingini dan bekerja dengan sendiri pada sesebuah komputer dan mengawalnya secara automatik. Worm - dikenali juga sebagai cecacing berfungsi melakukan serangan dan menyebar serta mengambil data dan mengirim e-mel secara diam tanpa diketahui pemiliknya. Hijacker - memasuki fungsi browser (pelayar web) dan mengawalnya mengikut kemahuannya. Spyware - program yang secara diam masuk ke dalam komputer dan bertindak seperti pengintip seterusnya mencuri data. Data yang dicuri akan dihantar secara rahsia kepada pihak ketiga. Maklumat ini terdiri daripada laman web yang pernah anda lawati, jenis pelayar web dan maklumat sistem serta alamat IP anda. Adware - sebenarnya berfungsi sebagai tapak promosi atau iklan berbentuk banner. Ia akan memaparkan iklan tertentu apabila anda melayari internet. Browser Helper Object (BHO) - virus yang menampilkan link pada toolbar. Umumnya, BHO juga bertindak sebagai pengintip dan mencatat kegiatan pengunjung internet, di samping menambah pelayar web anda dengan toolbar khusus. Browser Hijackers - perisian iklan yang akan mengubah ketetapan pelayar web seperti laman web tetap, carian dan toolbar pelayar, membina ikon dan memaparkan pop-up iklan secara banyak. Apabila pelayar web berjaya dirampas, perisian ini akan terus menerus membawa pengguna ke laman web pengiklan. Keylogger - program yang masuk ke dalam komputer dan mencatat apa yang pengguna taip di papan kekuci serta yang dilayari di internet dan mengirim maklumat kembali kepada penciptanya. Retrospies - program yang sengaja cuba mematikan fungsi antispyware. Scumware - program yang tidak diingini dan masuk ke dalam komputer tanpa izin pemilik komputer tersebut. Search Hijackers - kawalan yang dilakukan oleh sesebuah enjin carian pada browser. Bila tersalah menulis alamat, program biasanya menampilkanbanyak pop up iklan yang tidak berkaitan. Surveillance Software - salah satu program yang berbahaya kerana mencatat kegiatan pada sesebuah komputer termasuk data penting dan kata laluan. Program ini sangat pintar dan mengirim data setelah seseorang selesai melakukan aktiviti. Thiefware - difungsikan untuk mengarahkan pengunjung web ke web lain yang mereka kehendaki.

No comments:

Post a Comment